LinkTV World News app now on the iPad!

Features include interactive map, in-depth stories, and more.

Download now. »
Islamic terrorism
Description
Islamic terrorism Islam Militan ialah pendekatan Islam yang berpendirian bahawa agama Islam dan para pengikutnya harus memperjuangkan taraf politik dan agama mereka secara agresif. Serupa dengan kenyataan bahawa orang militan Muslim hanya merupakan sebahagian para penganut agama Islam, begitu juga penyokong-penyokong keganasan dan terorisme hanya merupakan sebahagian para penganut Islam Militan. Oleh sebab Islam Militan seringnya dikaitkan dengan keganasan dan terorisme, maka penamaan seseorang sebagai pengikut Islam Militan kini seringnya menimbulkan banyak perbalahan. Para pengkritik yang menentang penamaan ini sering mendakwa bahawa terdapat sikap berat sebelah dan/atau prasangga terhadap penggunaan istilah ini. Kelompok-kelompok yang menyokong Islam sebagai satu gerakan poltik sedang bergerak balas terhadap keadaan-keadaan politik dan sejarah yang rumit yang berakar umbi di kawasan tempatan masing-masing. Umpamanya, kebangkitan parti Jamaat-e-Islami yang konservatif di Bangladesh tidak akan dapat dimungkinkan tanpa gerak balas orang awam yang meluas terhadap amalan rasuah kerajaan sekular Liga Awami di negara itu. Akan tetapi sejarah politik tempatan yang rumit ini hilang sekaligus dalam reduksionisme istilah yang terlalu mudah, umpamanya istilah fundamentalisme Islam, yang akhirnya tidak dapat memberikan banyak penerangan kecuali menyalahkan berbagai-bagai masalah keagamaan yang dihadapi bersama-sama oleh negara-negara kurang maju, termasuk keganasan dan kekurangan demokrasi. (via Freebase)
 
Graycorner_bl